Sunday, 17 May 2015

Menakjubkan: Remaja 17 tahun selamat selepas 'mati' 20 minit



Para doktor yang merawat Zack sehingga kini masih kebingungan bagaimana remaja itu boleh diselamatkan. - Gambar hiasan

SEORANG remaja lelaki melalui pengalaman menakutkan apabila 'mati' selama 20 minit.

Zack Clements, 17, merupakan seorang pemain futbol di sekolah, jatuh pengsan ketika sesi kelas Pendidikan Jasmani dan jantungnya berhenti berdegup selama 20 minit.

Anggota paramedik yang merawatnya kemudian berjaya mengembalikan degupan jantungnya sebelum mengejarkan Zack ke hospital.

Zack berada dalam koma selama beberapa hari selepas itu.

Para doktor yang merawat Zack sehingga kini masih kebingungan bagaimana remaja itu boleh diselamatkan.

Zack mendakwa ketika tidak sedarkan diri selama 20 minit itu, dia didatangi seorang lelaki.

"Dia meletakkan tangannya di atas bahu saya dan berkata semuanya akan okey," kata Zack dalam temubual dengan stesen televisyen CBS.

Zack dan keluarganya percaya ada satu 'kuasa luar biasa' yang membangunkan Zack.

"Sangat tidak logik jika difikirkan. Dia sudah 'mati' selama 20 minit tetapi kemudian dia bangun semula," kata bapa Zack, Billy.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment