Sunday, 24 May 2015

Tak payahlah bermimpi jadi pahlawan Bugis, kata Affifuddin kepada Najib

Yang kuat melawan orang Aceh bukan Bugis, kata Affifuddin kepada Najib

PETALING JAYA: Sokongan yang hanya datang dari ketua UMNO bahagian merupakan petanda tidak baik kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, kata bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Affifuddin Omar.

Katanya, perkara tersebut dapat dilihat dari apa yang berlaku ketika pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh awal bulan ini.

"Kita lihat yang memberikan sokongan kepada Najib hanya datang dari ketua-ketua bahagian, sedangkan di peringkat akar umbi adalah sebaliknya.

"Ini petanda yang tidak baik untuk Najib, kita boleh lihat apa yang berlaku di Rompin dan selepas itu di Permatang Pauh," katanya pada sebuah forum di Petaling Jaya pada Sabtu.

Mereka yang menyuarakan sokongan kebanyakannya ketua bahagian, tetapi di akar umbi petandanya tidak begitu baik seperti dapat dilihat di Rompin dan Permatang Pauh baru-baru ini," katanya pada sebuah forum bertajuk Mencari Pemimpin Baru Malaysia di Petaling Jaya hari ini.

Jelas beliau sokongan yang diterima hanya dari ketua bahagian memberi petanda hayat politik Najib dan UMNO akan berakhir pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Dalam forum itu juga, Affifuddin yang masih lagi ahli UMNO menasihatkan Najib agar berhenti bermimpin seolah-olah beliau adalah pahlawan Bugis.

"Kalau ikut sejarah, orang Bugis tak melawan sangat dulu. Yang kuat melawan, orang Aceh. Orang Aceh diam saja, tak bercerita.

"Orang Bugis kalau di laut kuat menyamun saja, tak payahlah bermimpi jadi pahlawan Bugis," katanya yang disambut gelak ketawa peserta forum.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment