Nor Artikah
PASIR PUTEH - Pelajar Malaysia mangsa kebakaran asrama di Moscow, Rusia yang meninggal dunia kelmarin sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya, Ogos nanti.
Hasrat keluarga untuk melihat detik bahagia itu tidak kesampaian apabila Nor Artikah Alias,25, menghembuskan nafas terakhir jam 2.30 petang waktu tempatan di Hospital Skifosovsky, Moscow akibat mengalami komplikasi pernafasan.
Nor Artikah turut melecur pada muka, tangan dan kaki dalam kebakaran di kampus universiti berkenaan, 23 April lalu.
Persiapan majlis perkahwinan penuntut Universiti Kajian Perubatan Kebangsaan Rusia dengan Pegawai Perubatan Hospital Kuala Krai, Dr Wan Mohamed Ikhuwan Wan Ahmad Sayutti, 28, sudah pun dibuat.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment