Ibu buta melihat anak kali pertama dengan bantu imej 3D
KUALA LUMPUR: Setiap pasangan yang bakal menjadi ibu bapa akan mengalami masa yang istimewa sebelum melihat anak mereka buat kali pertama.
Walaupun kegembiraan sebegini tidak sebegitu menyebelahi pasangan yang buta tetapi dengan kecanggihan teknologi, mereka kini turut boleh merasai kegembiraan yang tidak ternilai itu.
Video yang diterbitkan oleh Huggies Brazil ini menceritakan kisah benar seorang wanita Brazil buta yang hamil, Tatiana Guerra.
Dia difahamkan kehilangan penglihatan pada usia 17 tahun.
Video berdurasi 4 minit itu bermula dengan Tatiana menceritakan kegembiraan wanita hamil itu dan bagaimana dia tidak sabar untuk melihat anak pertamanya.
Menurut Tatiana, kegembiraannya tidak ternilai apabila dia dapat merasai pergerakan bayinya dalam perut wanita itu.
“Saya seolah – olah mempunyai kuasa ghaib yang tidak membahayakan,” katanya.
Hasrat bakal ibu untuk melihat bayinya dapat dilihat dengan rungutan Tatiana yang tidak sabar untuk menyentuh dan bermain dengan bayinya.
Perkara yang menyentuh hati ialah akhirnya keinginaan Tatiana dijawab oleh pakar perubatan dengan bantuan imej 3D.
Tatiana dikejutkan dengan imej cetak 3D anaknya semasa sesi Ultrasound dimana wanita itu dapat menyentuh dan merasai setiap anggota bayinya itu.
"Saya amat gembira kerana dapat melihat Murilo sebelum dia dilahirkan," kata Tatiana sambil menitiskan air mata.
- Sumber: Astro Awani
No comments:
Post a Comment