Wednesday, 20 May 2015

Kad kahwin Hairul-Hanis jadi hadiah cabutan bertuah

KAD jemputan kahwin pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha

KUALA LUMPUR: Beli produk kecantikan dan sertai cabutan bertuah untuk memenangi kad jemputan kahwin pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.

Sesuatu yang tidak pernah dilakukan mana-mana pasangan pengantin, malah amat janggal dan `lari' daripada kelaziman adat masyarakat Melayu.

Lazimnya, masyarakat Melayu terkenal dengan adat menjemput tetamu bagi meraikan pengantin dengan hati ikhlas, bukannya 'mempertandingkan' peluang untuk menghadiri majlis berkenaan.

Keadaan ini mengundang pelbagai reaksi di laman sosial Instagram. Rata-rata kurang bersetuju dengan tindakan pasangan berkenaan. 

Sebelum ini, pasangan Hairul dan Hanis terlebih dahulu mengundang kontroversi apabila Hairul melamar Hanis secara terbuka ketika siaran langsung pertandingan akhir sebuah program realiti.

Kejutan yang difahamkan dirancang bersama pihak produksi rancangan berkenaan dikritik penonton, bukan sahaja kerana merosakkan klimaks pertandingan berkenaan, malah dikatakan terlampau terikut budaya Barat.

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment