Wednesday, 20 May 2015

Jururawat meninggal dunia selepas koma 42 tahun

Aruna Shanbaug mengalami kerosakan otak dan terlantar selama 42 tahun di katil hospital.

NEW DELHI - INDIA. Seorang jururawat yang koma selama 42 tahun selepas diserang dan diperkosa rakan sekerjanya di sebuah hospital di India akhirnya meninggal dunia, semalam.

Aruna Shanbaug mengalami serangan seksual ketika bertugas di Hospital King Edward Memorial di Mumbai pada 1973.

Semasa kejadian, Shanbaug berusia 24 tahun.

Shanbaug diserang Sohanlal Bharta Walmiki menggunakan rantai anjing sehingga memutuskan aliran darah ke otak.

Walmiki ditangkap dan sekadar dipenjarakan selama tujuh tahun atas tuduhan menyerang dan merompak mangsa.

"Aruna Shanbaug meninggal dunia pada jam 8.30 pagi (waktu tempatan). Dia sempat dimasukkan ke ICU dan diberi bantuan ventilator," menurut jurucakap hospital.

Kejadian menimpa Shanbaug antara kes rogol paling sadis pernah berlaku di India, negara yang kerap berlakunya jenayah seumpama itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

- Sumber: The Mirror

No comments:

Post a Comment