Monday, 4 May 2015

'Bila dah banyak duit.. mulalah lupa!'

Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan imbuhan yang diterima membuatkan mereka yang dilantik lupa tentang amanah yang diberikan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkongsi pandangannya tentang pemimpin masyarakat yang kini mudah 'dibuai' dengan faedah-faedah yang diterima sehingga alpa terhadap tanggungjawab yang diberikan.

“Mereka yang dipilih menjadi wakil rakyat bukan sahaja mendapat kuasa, malah mendapat pelbagai faedah seperti gaji yang tinggi dan kemudahan yang lengkap diberikan oleh rakyat.

"Bila rakyat sudah jadi wakil rakyat. Maka bermula lah parti politik yang berusaha mendapatan sokongan rakyat supaya mereka dapat memerintah,” katanya pada Program Bersama Tun Mahathir "Penyatuan Melayu dan Isu Semasa Negara" di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, semalam.

Menurutnya lagi, apabila wakil rakyat sudah menikmati kelebihan yang diberikan, pemimpin mula melupakan dan meninggalkan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

“Bila sudah dapat rumah mewah, sudah ada duit banyak, ganjaran kereta rasmi kerajaan, pangkat, harta, masing-masing lupakan apa yang dipertanggungjawabkan.

“… Maka bermulalah suara rungutan rakyat terhadap pemimpin- pemimpin seperti ini,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, pemimpin sekarang lebih gemar menggunakan sentimen agama untuk memancing dan meraih undi rakyat.

“Mereka kata parti ini kafir, mereka kata parti itu bukan Islam, hakikatnya, mereka juga yang akhirnya bekerjasama dengan parti bukan Islam untuk meraih undi rakyat,” bidasnya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment