Thursday, 23 April 2015

Pengeluaran caruman KWSP kekal pada usia 55 - Najib

NAJIB: Keputusan itu juga dibuat bagi memastikan berlaku keadilan selain para pencarum akan dapat terus menikmati kemakmuran sewaktu bersara. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa pengeluaran wang caruman penuh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikekalkan pada usia 55 tahun.

Katanya, keputusan mengekalkan had usia itu dibuat selepas mendengar pandangan yang diberikan rakyat sejak beberapa hari ini.

Keputusan itu juga dibuat bagi memastikan berlaku keadilan selain para pencarum akan dapat terus menikmati kemakmuran selepas bersara.

Beliau berkata demikian dalam satu pengumuman khas yang dibuatnya ketika menyampaikan ucaptama di Invest Malaysia 2016 di Kuala Lumpur pagi ini.



Najib juga berkata dalam masa dua hari proses perundingan dalam talian dibuat baru-baru ini, 50,000 rakyat Malaysia mengambil bahagian dan memberikan pandangan dalam satu kaji selidik oleh KWSP.

"Saya juga sedar tentang kebimbangan yang disuarakan orang ramai tentang sebarang perubahan di masa depan berhubung KWSP. Dalam hanya dua hari proses perundingan dalam talian yang diwujudkan baru-baru ini, terdapat lebih 50,000 rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dan memberi pandangan mereka.

"Ia kini merupakan perundingan awam terbesar yang pernah dijalankan," tegas beliau.

Majoriti pencarum mahu supaya simpanan persaraan boleh dikeluarkan pada usia 55 tahun.

KWSP baru-baru ini mencadangkan had pengeluaran pengeluaran simpanan ahlinya diselaraskan pada usia 60 tahun. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment