Gadis lumpuh kejutkan jururawat dengan bangkit dari kerusi roda. - Foto YouTube
KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan dari Amerika Syarikat, Bailey Murrill, melakukan kejutan buat jururawat kesayangannya dengan bertindak bangkit dari kerusi roda selepas dikatakan sembuh dari sakit lumpuh yang dialami selama 11 hari.
Ibu Bailey, Becky Miller yang gembira denfgan perkembangan itu turut memuat naik video itu di YouTube danvideo telah menarik perhatian orang ramai.
“Anak saya, Bailey Murrill mengalami penyakit lumpuh dari paras pinggang secara tiba–tiba dan punca keadaan itu tidak dapat dikenal pasti. Tetapi, kini dia kembali ‘normal’.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatan anak saya dan menyokong kami sepanjang masa mencabar itu,” kata Becky.
Bailey yang sembuh pada awal pagi hari itu telah mengambil keputusan untuk mengejutkan jururawat yang menjaganya selama 11 hari .
Dalam video berdurasi seminit itu terlihat jururawat berkenaan hadir untuk bekerja tanpa mengetahui Bailey sudah sembuh.
Bailey yang ketika itu mengerakkan kerusi roda ke arah jururawat itu mengejutkannya dengan bangkit dari kerusi roda dan meluru ke jururawat itu.
Kegembiraan jururawat itu jelas kelihatan apabila dia memeluk Bailey dan mula menangis sambil berkata,“ terima kasih tuhan, terima kasih!”
Sementara itu, video ini turut menyentuh perasaan pengamal media sosial dan pelbagai reaksi telah diluahkan oleh mereka.
- Sumber: Astro Awani
No comments:
Post a Comment