Tuesday, 7 April 2015

Kompleks Mahkamah Shah Alam terima ancaman bom

Keadaan terkini di Mahkamah Shah Alam yang didakwa terima ancaman bom. - Foto Sinar Harian

SHAH ALAM - Kesemua kakitangan dan orang awam yang berada di Kompleks Mahkamah Shah Alam diarah mengosongkan bangunan selepas kakitangan mahkamah menerima panggilan bom pada pukul 11.30 pagi ini.

Difahamkan, panggilan itu diterima operator pagi ini daripada seorang individu yang mahu meminta untuk disambungkan kepada pentadbiran mahkamah.

Menurut salah seorang pengawal mahkamah, selepas mengetahui panggilan bom itu, pengurusan mahkamah segera mengarahkan semua keluar dari bangunan.

Pegawai polis kelihatan sedang menjalankan pemeriksaan siasatan berhubung panggilan bom tersebut.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment