Tuesday, 7 April 2015

Dada Taufik Batisah rasa nak pecah ketika lafaz nikah



Taufik memberitahu jantungnya berdegup kencang ketika bapa mertuanya menghulurkan tangan untuk menyempurnakan akad.

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Singapura Taufik Batisah telah selamat bernikah dengan pasangannya Sheena Akbal pada 4 April lepas.

Menurut laporan sebuah akhbar Singapura, Taufik telah memberikan mas kahwin sebanyak SGD 500 (RM 1,250) berserta hantaran seperti sejadah, telekung dan senaskah Al-Quran kepada pengantin perempuan.

Walaupun sah bergelar suami kepada Sheena dengan sekali lafaz, Taufik memberitahu jantungnya berdegup kencang ketika bapa mertuanya menghulurkan tangan untuk menyempurnakan akad.

“Jantung saya berdegup kencang ketika itu, seolah-olah nak tercabut. Dada pula rasa seperti mahu pecah!

“Mujur saya berjaya juga lakukannya lafaz akad dalam satu nafas,” katanya ketawa.

Dalam pada itu Taufik turut berkongsi detik bahagia ketika dia melamar isterinya tahun lalu.

“Sewaktu itu kami berada dalam kereta kami. Ketika itu saya mainkan sebuah lagu Inggeris yang saya gubah sendiri khas untuk melamar Sheena.

“Di dalam lirik lagu tersebut saya selitkan namanya dan menyebut saya ingin mengahwininya. Ketika itu Sheena macam ‘blur’ dan ambil masa sedikit untuk memahami hasrat saya,” ceritanya teruja.

Tambah Taufik lagi, suara Sheena turut diabadikan dalam lagu nyanyiannya berjudul Awak Kat Mana dan telah menyunting sendiri suara isterinya untuk lagu tersebut. 

-- Sumber: Astro Gempak

No comments:

Post a Comment