PELANGGAN RBS dan NatWest boleh daftar masuk perkhidmatan kewangan mudah alih menggunakan cap jari menerusi servis 'Touch ID'. - Foto AFP
LONDON: Royal Bank of Scotland (RBS) hari ini memperkenalkan perkhidmatan yang membolehkan pelanggan RBS dan NatWest daftar masuk perkhidmatan kewangan mudah alih menggunakan cap jari, pertama daripada sebuah bank British.
RBS, milik 80 peratus kerajaan British berkata servis 'Touch ID' itu akan memanfaatkan hampir sejuta pengguna Apple iPhone yang mempunyai aplikasi perbankan mudah alih RBS atau NatWest. Teknologi itu kenal cap jari pengguna, jadi mereka tidak perlu lagi masukkan kata laluan untuk daftar masuk.
Jun tahun lalu, RBS mengumumkan pelaburan lebih 1 bilion pound (RM5.4 bilion) dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk memudahkan pengguna membuat urus niaga perbankan secara mudah alih.
Langkah itu juga sebahagian daripada maklum balas bank itu untuk menampung penyusutan pengguna yang mengunjungi cawangan dan beralih kepada penggunaan aplikasi perbankan mudah alih.
"Kini sudah ada revolusi dalam bidang perbankan kerana ramai pelanggan kami menggunakan teknologi digital untuk urusan perbankan," kata Stuart Haire, pengarah urusan RBS dan NatWest Direct Bank.
Mengikut RBS, teknologi itu akan membolehkan 880,000 pelanggan RBS dan NatWest yang menggunakan iPhone untuk akses akaun mereka dalam tempoh beberapa saat saja.
- Sumber: Astro Awani
No comments:
Post a Comment