Friday, 6 February 2015

17 terbunuh pasaraya terbakar


GUANGDONG - CHINA. Kira-kira 17 terbunuh apabila pasaraya di Wilayah Guangdong di selatan China mengalami kebakaran pada petang Khamis, lapor media tempatan China.

Memetik laporan daripada BBC, kebakaran tersebut bermula di tingkat empat bangunan tersebut; menyebabkan beberapa orang terperangkap di dalam pasaraya itu.

“Kira-kira 200 ahli bomba diperlukan untuk memadamkan kebakaran. Kesemuanya bertungkus lumus sehingga enam jam untuk mengawal keadaaan,” katanya seperti yang dipetik menerusi BBC.

Dalam pada itu, sebuah pita rakaman tertutup CCTV turut menunjukkan dinding bangunan pasaraya tersebut dipecahkan bagi membolehkan orang ramai yang terperangkap melepaskan diri daripada kebakaran terbabit.

“Buat masa ini punca kebakaran tersebut masih disiasat. Sembilan pengurus pasaraya itu telah ditahan polis setakat ini,” katanya lagi.

China dikatakan mempunyai sejarah buruk yang terpanjang membabitkan rekod keselamatan pekerja di negaranya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment