Saturday 31 January 2015

Video ugut guna parang menjadi viral

Video kejadian ugut yang dirakam.


KUALA LUMPUR - Susulan tersebarnya video memaparkan aksi dipercayai pekerja sebuah syarikat berkaitan alam sekitar menakutkan dan mengugut penduduk di Taman Leng Seng, Cheras, dengan parang tersebar di laman sosial, Ketua Polis Daerah Cheras,

Asisten Komisioner Chong Kok Sin mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan.

Bagaimanapun, katanya, video itu perlu dirujuk kepada timbalan pendakwa raya terlebih dahulu kerana video berdurasi 18 saat itu memaparkan sebahagian insiden sahaja.

“Kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar di tempat awam sehingga mengganggu ketenteraman awam.

"Video itu memaparkan aksi seorang pemuda berbaju merah menunjukkan penumbuk sebelum ditolak dan beredar. Kemudian datang lagi seorang pemuda, berbaju merah berlari laju menuju ke arah perakam video dengan membawa sepilah parang," katanya.

Dalam video itu juga, pemuda itu dengan tangan kanannya memegang parang berkata 'jangan mainmain, saya potong lu' dan terdengar jeritan mangsa, menyebut 'jangan'.- Sumber: Sinar Harian, Januari 27, 2015.

------------------------------------------------------------------
Berikut beberapa reaksi pembaca Sinar Harian mengenai kejadilah tersebut:


Abdullah Bin Al Banji
Entah apa kaum kurang ajar tu dah provok sampai marah betul Bangla tu. Selalunya Bangla jarang menimbulkan masalah jenayah.
27 January at 02:57
TigerWan Wag
sebelum tindakan drastik hati2 koz kamera handphone n cctv takut makan tuan/diri
27 January at 01:52

No comments:

Post a Comment