Saturday 31 January 2015

Anak sulung Awie dakwa Rozana Misbun menipu, dedah perkara sebenar

Puteri Aleeya Antasha (kiri) dakwa Rozana Misbun buat kenyataan palsu kepada media. -Astro Gempak

Anak sulung penyanyi rock terkenal Awie, Puteri Aleeya Antasha baru-baru ini telah mendakwa ibu tirinya Rozana Misbun membuat kenyataan palsu kepada media.

Aleeya telah memuat naik status di akaun peribadi Facebooknya baru-baru ini dan telah meluahkan rasa kesalnya terhadap ‘penipuan’ dilakukan Rozana.

Status tersebut turut dikongsi Aleeya di akaun Instagramnya dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada para pengikutnya.

Menurut Aleeya, kenyataan Rozana seperti yang dipetik daripada sebuah portal hiburan boleh dianggap mengarut kerana ia adalah pembohongan semata-mata.

Antara yang didakwa Aleeya ialah, selama ini ayah dan ibu saudaranya yang akan memastikan dia dan adik-adiknya tidur mengikut waktu, termasuk memastikan alat-alat atau barang-barang persekolahan semuanya lengkap.

Aleeya berkata, dia sanggup menjadi saksi di mahkamah sekiranya perlu kerana ayahnya tidak bersalah seperti yang ‘dicanang’ Rozana.

Puteri Aleeya Antasha merupakan anak sulung Awie, hasil perkongsian hidup bersama penyanyi dan pelakon Arni Nazira.

Di bawah Astro Gempak kongsikan status yang ditulis Aleeya di FBnya beberapa hari lalu:


- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment