Rita sibuk melayan pelanggan yang singgah ke boothnya di Karnival Karangkraf, di Shah Alam, hari ini.
SHAH ALAM - Pelakon terkenal, Rita Rudaini berasa teruja apabila kali pertama dapat menyertai Karnival Karangkraf kali ini dengan menampilkan beberapa produknya kepada pengunjung.
Menurutnya, dia telah lama merancang untuk turun padang sendiri ke karnival seperti ini bagi mempromosikan lagi produknya di samping dapat bertemu peminat.
“Alhamdulillah sambutan pengunjung pada hari pertama sangat menggalakkan kerana semua produk Rudaini Beaute ada diskaun menarik menanti pengunjung.
“Saya akan berada di gerai selama tiga hari karnival ini berlangsung. Dan bersedia untuk bertemu ramai lagi pengunjung pada esok (hari ini) dan Ahad,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, antara produk istimewa yang ditampilkan pada karnival kali ini seperti produk kecantikan, minuman kesihatan dan coklat.
“Produk saya tiada dijual di pasaran. Semua produk hanya melalui ejen, stokis dan laman sosial Instagram. Sehingga kini, produk Rudaini Beaute telah terjual di Malaysia, Singapura dan Brunei,” katanya.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment