Jururawat Australia saman Airasia selepas pramugari jatuh keatasnya - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang jururawat dari Melbourne, Australia, Erin Crocker, 36, menyaman syarikat penerbangan AirAsia kerana insiden pramugari yang terjatuh keatasnya ketika pesawat melanggar kawasan berawan di Thailand.
Crocker mendakwa kejadian yang dialaminya tahun lalu itu menyebabkannya mengalami keretakan tulang kaki dan ligamen terkoyak yang memerlukan pembedahan.
Memetik laporan akhbar Australia Herald Sun, Crocker turut menolak penyelesaian dari AirAsia dan mahu penyelesaian di mahkamah.
Peguam Crocker, Nancy Yonan Arnold Thomas dan Becker berkata, Crocker turut menuntut ganti rugi bagi kesakitan dan penderitaan, kehilangan kesenangan hidup, perbelanjaan perubatan dan kehilangan pendapatan.
"Dia menolak tawaran penyelesaian. Dia juga mengalami keretakan tulang dan ligamen yang memerlukan pembedahan besar yang memerlukannya berehat dari bertugas selama beberapa minggu.
"Crocker juga mengalami kecederaan yang mendalam di bawah lutut kanannya," jelasnya.
Kata Nancy Yonan Arnold Thomas dan Becker lagi, Crocker tidak mahu meneruskan tuntutan selepas menyedari insiden AirAsia yang pesawat QZ8501 dari Surabaya ke Singapura yang terhempas di Laut Jawa sehingga menyebabkan kesemua 162 penumpang dan anak kapal meninggal dunia.
"Dia kini hanya mahu menuntut hak," jelasnya.
Sementara itu Astro AWANI difahamkan, AirAsia akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian itu dalam masa terdekat.
- Sumber: Agensi
No comments:
Post a Comment