- Gambar yang dimuatnaik Angah menerusi laman Instagram miliknya.
PELAKON komedi tanah air, Iskandarsah Hashim atau lebih mesra dikenali dengan Angah Raja Lawak selamat melangsungkan pertunangannya dengan seorang gadis pilihannya yang hanya dikenali sebagai Wawa, semalam.
Foto majlis pertunangannya itu kemudiannya dimuatnaik menerusi laman Instagram dan akaun Facebooknya untuk dikongsikan bersama peminat yang selama ini mengikuti perkembangannya.
“Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.. Doakanlah semoga dipermudahkan segala urusan yang bakal buat kami yang bakal mendatang.. Amin InsyaALLAH.. Dan terima kasih kepada semua yang menghadiri majlis pertunangan kami tadi.. Saya sayang kamu semua,” katanya seperti yang dipetik di laman Instagramnya.
Kapsyen gambar tersebut turut disertakan hashtag @asyura_king, #DoakanKami, #EDay dan #AngahWawa.
Ternyata detik kegembiraan milik Angah dan pasangan yang dikongsi melalui laman sosial turut mendapat reaksi positif dari rakan dan peminatnya.
Rata-rata teman dan peminat setia Angah mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan itu supaya cepat-cepat melangsungkan pernikahan.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment