Wednesday, 21 January 2015

IS hukum bunuh remaja kerana tonton bola sepak


MOSUL - IRAQ. Kira-kira 13 remaja ditembak mati pengganas Kumpulan militant Negara Islam (IS) hanya kerana menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Asia antara pasukan Iraq dan Jordan, minggu lalu.

Seorang aktivis anti-IS dengan nama samara Raqqa is Being Slaughtered Silently menerusi tulisan dilaman webnya berkata, hukuman bunuh ke atas kumpulan remaja terbabit dilakukan kerana ia didakwa menyalahi undang-undang Islam.

“Mayat mereka dibiar terbaring di kawasan itu, ahli keluarga mangsa tidak dapat mengambil mayat-mayat tersebut kerana mereka takut akan dibunuh anggota IS.

“Anggota IS turut membaca ke­salahan yang dilakukan oleh remaja-remaja terbabit de­ngan menyatakan menonton perlawan bola sepak adalah menyalahi undang-undang Islam,” katanya seperti yang dipetik menerusi laman webnya.

Katanya lagi, hukuman tersebut dilaksanakan dikawasan awam dan setiap orang mangsa yang tidak berdosa itu ditembak dengan menggunakan laras mesingan oleh pasukan penembak IS.

Menerusi laporan yang dipetik dari portal berita Mail.Online, kumpulan remaja terbabit menyaksikan perlawanan itu menerusi televisyen di bandar al-Yarmouk, yang mana ia dikuasai IS.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment