Wednesday, 21 January 2015

Interpol keluarkan Notis Merah cari Sirul

Notis Merah dikeluarkan Interpol bagi mencari Sirul Azhar.

SHAH ALAM - Polis Antarabangsa (Interpol) telah mengeluarkan Notis Merah untuk mencari Koperal Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu oleh Mahkamah Persekutuan.

Dalam Notis Merah itu, Sirul Azhar, 43, disebut sedang dicari oleh mahkamah di Malaysia untuk dikenakan hukuman atas dakwaan membunuh.

Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atasnya pada 13 Januari lalu, mengeluarkan waran tangkap selepas anggota Unit Tindakan Khas itu gagal hadir ke mahkamah semasa keputusan dibacakan.

Notis Merah Interpol bermaksud individu itu perlu dicari dan ditahan untuk dikenakan tindakan undang-undang.

....berita selanjutnya menyusul.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment