SHAH ALAM - Bekas vokalis kumpulan terkenal era 90-an ditahan tengah malam tadi selepas disyaki memiliki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuddin Saad berkata, penyanyi berusia 43 tahun itu ditahan di Taman Keramat Ampang, kira-kira jam 12.30 malam bersama seorang wanita berusia 32 tahun.
“Pemeriksaan di bilik penyanyi tersebut, kita menemui satu bungkus kecil plastik dipercayai dadah jenis heroin seberat 1.2 gram di atas tilam di dalam biliknya.
“Siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis syabu dan heroin selama 10 tahun dengan memperoleh bekalan heroin dari seorang lelaki,” katanya.
Menurut Khairuddin, kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment