Bersama selebriti tekenal Kim Kardashian - Foto Instagram AznilNawawi
Pengacara terkenal tanah air, Datuk Aznil Nawawi atau mesra disapa Pak Nil berpeluang mencuba menjadi pengacara program hiburan terkemuka E! News di samping Giuliana Rancic, Jason Kennedy dan Terrence Jenkins.
Pengalaman tersebut telah dimuat naik oleh pengacara Apa Kata Malaysia ini di laman Instagramnya.
Selain itu, Pak Nil turut dilihat ber’selfie’ bersama pengacara nombor satu Hollywood, Ryan Seacrest, selebriti terkenal Kim Kardashian dan berkesempatan mewawancara secara eksklusif penyanyi R&B Christina Milian.
Paling menarik, dalam satu sidang media di sana, Pak Nil telah ditanya Giuliana "Mereka kata kamu adalah 'Ryan Secrest versi Malaysia'"
Dalam nada berseloroh, Pak Nil menjawab "Tak, Ryan adalah Aznil versi Amerika".
Sidang media tersebut telah dikongsikan Pak Nil dalam sebuah sebuah video pendek di laman Instagramnya.
Menerusi laporan Berita Harian, Pak Nil ke Los Angeles sejak 7 sehingga 14 Januari ini di atas jemputan NBC Universal anjuran International Press Junket bagi memperkenalkan program musim terbaru seperti Live From Red carpet, The Kardashians dan Fashion Police.
Sempat ber’selfie’ bersama pengacara nombor satu Hollywood, Ryan Seacrest - Foto Instagram AznilNawawi
"Saya turut berpeluang mencuba menjadi pengacara E! NEWS di samping Giuliana, Jason dan Terrence.
Saya cuba letakkan diri ini sebaris dengan mereka biarpun bahasa Inggeris saya tidaklah bagus mana.
"Saya tolak rasa rendah diri. Saya juga berpeluang bertemu Kelly Osbourne dan Brad Goreski yang kedua-duanya mengacarakan Fashion Police"
"Paling menyeronokkan dapat menemubual secara perseorangan dengan Christina, Giuliana dan Kim. Mereka sangat peramah” katanya kepada Berita Harian pada Sabtu.
Pak Nil dikatakan berkesempatan untuk menghadiri majlis Anugerah Golden Globe Ahad ini.
- Sumber: Astro Awani
No comments:
Post a Comment