Friday, 31 October 2014

Tempahan untuk Ford Fiesta ST dibuka - RM149,888



Keadaan menjadi semakin sukar buat seorang peminat kereta apabila Sime Darby Auto Connexion (SDAC) baru sahaja mengesahkan bahawa model Ford Fiesta ST sudah hampir dilancarkan, dan mengumumkan bahawa tempahan sudah boleh dibuat; harga jualan adalah RM149,888 seunit.

Kalau anda memang inginkan sebuah ‘hot-hatch’, ini lagi satu model yang cukup-cukup menggoda. Mana satu nak pilih?

Bagi mereka yang berminat untuk melihatnya bolehlah ke acara Asia Klasika ke-5 yang mula berlangsung hari ini sehinggalah November 2 di Pullman Putrajaya Lakeside Resort. Jangankan kata nak lihat, nak pandu uji pun boleh kata SDAC. Tiga buah model klasik Ford Mustang turut dipamerkan.


Fiesta ST dijana oleh unit enjin EcoBoost 1.6 liter yang menghasilkan 179hp dan 240Nm untuk tork yang mampu membuat pecutan 0-100 km/sj dalam masa hanya 6.9 saat. Kelajuan maksimum pula adalah 220km/sj. Beratnya yang tidak melebihi 1,200kg juga memberikan pengalaman pemanduan Fiesta yang terbaik. 



- Sumber: Astro Publication

No comments:

Post a Comment