Friday, 17 October 2014

BBC guna WhatsApp kongsi informasi Ebola

BBC sedia maklumat tentang Ebola melalui aplikasi Whatsapp yang disasarkan kepada pengguna di Afrika Barat, wilayah yang mencatat kematian paling tinggi. -Gambar fail

Saluran berita United Kingdom, The British Broadcasting Corporation (BBC) mengambil langkah pro-aktif dalam meningkatkan kesedaran tentang wabak Ebola.

Satu servis informasi mengenai Ebola dilancarkan melalui aplikasi WhatsApp mensasarkan kepada pengguna di Afrika Barat, wilayah yang mencatat kematian paling tinggi.

Servis itu menyediakan audio, pesanan ringkas dan perkongsian imej untuk membantu komuniti menerima maklumat terkini mengenai wabak maut itu.

Kandungan dihadkan kepada tiga perkara sehari menggunakan bahasa Inggeris dan Perancis sebagai perantara.

Pengguna yang ingin mendapatkan perkhidmatan tersebut perlu melanggan terlebih dahulu untuk menerima informasi terkini.

Selain laporan di televisyen, BBC turut meluaskan kandungan berkenaan wabak itu menerusi radio, portal online, buletin khas dalam beberapa bahasa serta laman media sosial seperti Twitter dan Facebook.

Liputan berkenaan Ebola merupakan yang paling giat dijalankan BBC buat masa ini selepas laporan mengenai HIV/AIDS sekitar tahun 1980-an dan 1990-an.

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment