Sunday, 14 September 2014

Tiga remaja maut, dua parah motosikal berlanggar sesama sendiri

Tiga remaja maut, dua parah motosikal berlanggar sesama sendiri

KUALA LUMPUR: Tiga remaja maut manakala dua lagi rakan mereka cedera apabila motosikal mereka berlanggar sesama sendiri ketika berlumba di Km 20.4 Lebuhraya Guthrie menghala ke Shah Alam di sini awal pagi tadi.

Mereka yang maut dikenali sebagai Muhamad Hafiz Erman, 18, Amir Afif Mohamad Nizam, 18, dan Muhamad Shafie Sudar, 16.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata dalam kejadian 1 pagi itu, kumpulan remaja berkenaan dikatakan menunggang dengan laju dan motosikal mereka tidak mempunyai nombor plat.

"Berdasarkan saksi, tiga remaja berkenaan berlanggar sesama sendiri sebelum berlanggar pula dengan sebuah kenderaan SUV.

"Akibat perlanggaran itu, dua daripada mangsa tercampak di tepi jalan dan mati serta merta, manakala seorang lagi tercampak ke bawah jambatan dan meninggal dunia pada pukul 3 pagi di Hospital Sungai Buloh," katanya kepada Bernama.

Junaidi berkata akibat kejadian tersebut, dua lagi rakan mereka yang mengekori dari belakang telah berlanggar motosikal rakan-rakan mereka itu dan cedera parah.

Beliau berkata wanita yang memandu kenderaaan SUV itu yang berusia 39 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment