Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Sebuah bank tempatan mengalami kerugian 30 juta ringgit akibat penipuan melalui email membabitkan tujuh transaksi di Wilayah Persekutuan Labuan.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Jenayah Siber dan Multimedia), SAC Mohd Kamarudin Md Din memaklumkan, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.
Pihaknya juga percaya sindiket tersebut bukan dari kumpulan sama yang menggodam mesin ATM seperti yang dilaporkan sebelum ini.
- Sumber: Astro Awani
No comments:
Post a Comment