Tuesday, 21 January 2014

Thailand isytihar darurat di Bangkok dan wilayah sekitar

--gambar fail


BANGKOK: Kerajaan Thailand mengumumkan darurat selama 60 hari berkuatkuasa Rabu di Bangkok dan beberapa wilayah sekitar, kesan daripada protes berterusan di bandaraya itu.

Ia antara lain bagi membolehkan kerajaan mengenakan perintah berkurung sekaligus menghalang sebarang bentuk perhimpunan politik diadakan di kawasan yang diisyitihar darurat di samping membenarkan pihak berkuasa menahan suspek tanpa bicara dan membuat tapisan terhadap media.

Penunjuk perasaan sementara itu bertindak memperhebatkan tekanan ke atas kerajaan sementara pimpinan Yingluck Shinawatra supaya berundur dan membatalkan pilihan raya pada 2 Februari ini.

Beberapa kumpulan penentang lain antaranya digembleng untuk memperhebatkan tunjuk perasaan di Bangkok.

Salah satu kumpulan yang dikenali sebagai Rangkaian Pelajar dan Rakyat Untuk Pembaharuan Thailand minggu lalu mengancam untuk menggempur bursa saham dan agensi kawalan trafik udara jika Yingluck tidak berundur.

- ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment