Monday, 27 January 2014

Gereja di Pulau Pinang diserang bom buatan sendiri


Gereja Assumption di Lebuh Farquhar


PULAU PINANG: Gereja Assumption di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang diserang dua biji bom buatan sendiri awal pagi ini, lapor The Star Online.

Ketua Polis Pulau Pinang, SDCP Datuk Abdul Rahim Hanafi dilaporkan berkata dua bom buatan sendiri itu dibaling ke kawasan lapang gereja tersebut kira-kira jam 1.30 pagi hari ini.

"Bagaimanapun hanya satu yang meletup, lagi satu jatuh di atas rumput.

"Siasatan awal mendapati dua pemuda bermotosikal telah melakukan jenayah tersebut," katanya dipetik The Star Online.

Kejadian ini berlaku kurang 24 jam selepas kain rentang mengandungi perkataan “Jesus is the son of Allah” (Jesus anak Allah) digantung di luar gereja tersebut.

Difahamkan wakil gereja tersebut dan beberapa gereja lain di sekitar kawasan tersebut membuat laporan polis susulan kain rentang kontroversi tersebut yang dipasang di hadapan pintu masuk gereja tersebut.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment