Monday, 27 January 2014

Boeing perkenal 787 Dreamliner pertama

Boeing 787 Dreamliner tiba di Singapura

SINGAPURA - Boeing memperkenalkan Boeing 787 Dreamliner pertama pada kadar 10 kapal terbang setiap bulan.

Pesawat 787-8 dan Dreamliner ke-155 yang dibina, akan dihantar ke International Lease Finance Corp untuk dikendalikan oleh Aeromexico, kata Boeing dalam kenyataannya.

Kadar pengeluaran 10 pesawat dua lorong sebulan itu merupakan kadar tertinggi pesawat dua lorong.

Program 787 kini meningkatkan kadar pengeluarannya tiga kali ganda dalam tempoh setahun termasuk lima pesawat sebulan pada November 2012 dan tujuh sebulan pada Mei 2013.

Pengurus besar merangkap Timbalan Presiden Penerbangan Komersil Boeing 787, Larry Loftis berkata, “Peningkatan kadar itu menggambarkan permintaan berterusan ke atas 787.

“Pendekatan ini menunjukkan bahawa kombinasi antara kumpulan pekerja dengan teknologi merupakan kunci utama bagi mencapai kadar yang lebih tinggi.

“Seluruh warga kerja 787 kini lebih memfokuskan kepada tahap kecekapan dalam sejarah pengeluaran serta memenuhi komitmen untuk meningkatkan kadar pengeluaran kepada 12 pesawat dalam tempoh sebulan pada 2016 dan 14 sebulan pada akhir dekad.

Boeing memasang 787 di dua lokasi iaitu Everett di Washington serta Utara Charleston di Carolina Selatan.

Sehingga kini, 115 pesawat 787 telah diserahkan kepada 16 pelanggan. Program ini menerima tempahan untuk 1,030 pesawat daripada 60 pelanggan di seluruh dunia.
- Bernama

No comments:

Post a Comment