Sunday, 17 November 2013

Ze Aida mohon maaf, warga Twitter lontar pendapat

Ze Aida mohon maaf, warga Twitter lontar pendapat

Susulan laporan mengenai seorang wanita yang dikenali sebagai Ze Aida yang memohon maaf kepada pihak pengurusan Restoran Nasi Vanggey Green Town, Ipoh warga laman sosial Twitter turut meluahkan pandangan masing-masing mengenai perkara ini.

Rata-rata warga Twitter menyuarakan pendapat yang pelbagai. Ada yang mengkritik dan ada yang memuji sifat keberanian beliau memohon maaf secara terbuka.











Ze Aida menerusi akaun Facebooknya sebelum ini membuat kenyataan bahawa wujud najis manusia dalam masakan di restoran itu.

Menurut Ze Aida, kontroversi ini terjadi apabila dia menyalin status yang telah ditulis oleh seorang individu di Facebook miliknya mengenai keburukan restoran berkenaan tetapi ada pihak yang tidak bertanggungjawab  telah  mencetak paparan statusnya lalu menyebarkannya secara meluas menerusi telefon dan internet.

Sementara itu pengurus Restoran Nasi Vanggey, Ahmad Fazli Mohammed meminta orang ramai terutama  pelanggan setia restoran tersebut supaya terus memberikan sokongan mereka kepada restoran berkenaan.

Astro Awani

No comments:

Post a Comment