KUALA LUMPUR: Penganjur protes anti-kerajaan Thailand mengisytiharkan Ahad ini sebagai hari kemenangan dan mengarahkan peserta demonstrasi menawan kementerian, agensi telekomunikasi negara dan zoo.
Mereka juga diarah menawan syarikat milik negara termasuk ibu pejabat polis Thailand.
Ketua penunjuk perasaan, Suthep Thaugsuban yang berucap di hadapan penyokongnya turut memberi amaran akan menawan Pejabat Perdana Menteri Ahad ini.
Ribuan penunjuk perasaan berarak di Bangkok dalam usaha menggulingkan Yingluck Shinawat kerana dituduh menjadi proksi kepada abangnya, Thaksin.
Jelas penganjur protes, matlamat mereka bukan hanya menggulingkan Yingluck tetapi menyekat pengaruh Thaksin di dalam politik negara gajah putih itu.
Pada Jumaat, penunjuk perasaan berarak ke ibu pejabat tentera bagi mendapatkan sokongan menggulingkan perdana menteri.
Bagaimanapun, tentera Thailand bertegas tidak akan menyebelahi mana-mana pihak.
Selain itu, protes turut diadakan di luar ibu pejabat Parti Pheu Thai yang dikawal ketat polis.

ASTRO Awani
No comments:
Post a Comment