Seorang warganegara Bosnia hari ini memfailkan saman terhadap bekas teman wanitanya bagi mendapat gantirugi RM600,000 kerana mendakwa dipergunakan untuk mendapatkan spermanya bagi menghasilkan anak baka Eropah.
Ervin Ahbabovic, pengarah komersil dalam industri pembangunan perniagaan di sebuah syarikat, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Sivil di sini, Jumaat lepas. Media memperolehi salinan writ saman itu Isnin.
Peguam Nasir Yusof yang mewakili Ahbabovic memberitahu media bahawa pihaknya akan menyerahkan salinan writ saman itu kepada defendan dalam masa 14 hari bermula esok.
Beliau berkata mahkamah menetapkan 1 Okt untuk pengurusan kes.
Dalam pernyataan tuntutannya, Ahbabovic, 41, yang memegang status penduduk tetap negara ini mendakwa beliau mula menjalin hubungan dengan wanita tempatan (berbangsa Cina) pada 2008 dan hasil perhubungan itu mereka memperolehi seorang anak lelaki yang kini berumur tiga tahun lebih.
Beliau mendakwa pada ketika itu beliau sangat yakin hubungannya dengan wanita itu akan berakhir dengan ikatan perkahwinan, bagaimanapun selepas melahirkan anak, wanita itu seringkali mencari kesalahannya dan mencari peluang untuk bergaduh dengannya.
Ahbabovic juga mendakwa pada waktu yang sama, beliau mula menyedari keinginan seksual dan dominasi wanita itu terhadapnya melangkaui dari kadar biasa.
Beliau mendakwa beliau juga mengalami penderaan emosi dan mental yang teruk dari tindakan defendan itu dan wanita itu juga telah bertindak ganas dan di luar kawalannya hingga pernah menikam di lengan kirinya pada 3 Sept tahun lepas.
Lelaki itu mendakwa bekas teman wanitanya itu juga telah menghalaunya keluar dari rumah dan menghalangnya dari melihat anak dan selepas itu dia ada menghubungi wanita itu dalam usahanya untuk berbaik semula demi kepentingan anak mereka.
Beliau mendakwa niatnya itu dibalas dengan kata-kata yang mengejutkan di mana defendan telah menyatakan bahawa plaintif sebenarnya dipergunakan sebagai alat pemuas seks selain bagi mendapatkan sperma miliknya yang membolehkan defendan memperolehi anak genetik orang Eropah.
Ervin menuntut gantirugi itu kerana penggunaan spermanya dalam usaha mendapatkan anak dengan cara yang salah, dan memohon supaya beliau disah dan didaftarkan sebagai bapa di dalam sijil kelahiran anak lelakinya, faedah, kos dan lain-lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

- BERNAMA
No comments:
Post a Comment