eorang pemotong kayu balak hari ini mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret di sini terhadap empat pertuduhan termasuk mencuri dan menyimpan sebuah kereta Bentley bernilai RM800,000.
Bagi pertuduhan pertama, Voon Kok Chuan didakwa memecah masuk kediaman Foo Kok Leang, 63, di No 6, Jalan Watson di sini pada pukul 4 pagi, 6 September lepas dan mencuri satu kunci kereta Bentley, serangkai kunci rumah dan satu kunci kereta jenis Honda.
Voon, 30, dari Taman Seri Berjaya di sini juga didakwa mencuri kereta Bentley bernombor pendaftaran AHR 8 berwarna kelabu bernilai RM800,000 milik Foo di tempat dan pada tarikh sama.
Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa menyimpan harta curi iaitu kereta tersebut di bengkel membaiki kereta di Jalan Lahad, Menglembu pada pukul 3 petang pada tarikh yang sama.
Bagi pertuduhan pertama dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda, pertuduhan kedua mengikut Seksyen 379A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda manakala pertuduhan ketiga mengikut Seksyen 411 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab membenarkan Voon diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 23 Oktober untuk sebutan semula kes.
Di sebuah lagi Mahkamah Majistret, Voon didakwa memandu Bentley itu dengan keadaan berbahaya dan boleh menyebabkan kematian Foo, mengikut Seksyen 307 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Majistret Suhaima Mohd Noor membenarkan Voon diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Okt untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya K. Kavitha. - Bernama

No comments:
Post a Comment