Thursday, 19 September 2013

Lebih 1,000 nikah di Thailand setiap bulan


Lebih 1,000 nikah di Thailand setiap bulan

Thailand merupakan satu destinasi ‘alternatif’  bagi warga Malaysia untuk dinikah.

Menurut laporan Sinar Harian hari ini, lebih 1,000 acara pernikahan dilakukan di Selatan Thailand setiap bulan kerana keterbukaan negara itu dalam hal perkahwinan.

Malah, jumlah tersebut tidak termasuk pernikahan yang dilakukan melalui sindiket haram yang mengenakan bayaran dari RM1,700 hingga RM3,000 bagi setiap akad nikah.

Proses pernikahan ini diadakan di tempat yang tidak sesuai seperti di kedai makanan, dalam kenderaan dan juga di tepi jalan.

Konsulat Jeneral Malaysia, Mohd Faizal Razali berkata ini kerana proseduer dan proses pernikahan di Selatan Thailand tidak rumit dan cepat dan kebanyakkan pasangan berkahwin terdiri daripada pelbagai peringkat umur, paling ramai berumur dalam lingkungan 30-an.

“Kebanyakkan mereka kahwin di Selatan Thailand untuk mengelak perkahwinan mreka diketahui isteri pertama yang (dirasakan) tidak memberi persetujuan berpoligami atau keterlanjuran tetapi dihalang ibu bapa dan ahli keluarga,” katanya.

Melalui konsulat pula, pernikahan dilakukan melalui proses yang sah mengikut garis panduan daripada Jabatan Agama Islam  Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama islam Wilayah berkenaan serta mendapat pengesahan  Pejabat Konsul Malaysia di Thailand.

“Melalui pihak konsul Malaysia, pasangan yang ingin bernikah perlu mengeluarkan RM50 untuk pemprosesan dokumen dan ia juga tidak serumit proses pernikahan sindiket,” Mohd Faizal berkata.

Beliau menyeru orang ramai agar tidak bernikah melalui sindiket kerana prosedurnya tidak sah dan akan beri kesan kepada keturunan pasangan berkenaan.

Anak yang dilahirkan pada masa depan nanti menjadi tidak sah dan ini sudah tentu boleh merosakkan institusi kekeluargaan Islam tersebut.

Menurutnya, kebanyakkan mereka tinggal di negeri bersempadan Malaysia-Thailand seperti Kedah, Perak,  Kelantan, dan Perlis.

Selain itu, terdapat juga artis terkemuka dan orang kenamaan yang pernah menggunakan perkhidmatan ejen untuk berkahwin di negara Gajah Putih itu.

Menurut ejen perkahwinan yang enggan dikenali, setiap pasangan biasanya dikenakan bayaran RM1,500 sehingga RM3,800, dan ada orang yang sanggup bayar lebih daripada itu.

Ejen itu akan bertanya masalah dihadapi pasangan sebelum menguruskan proses pernikahan, seterusnya dia akan mendapat persetujuan majlis agama di Selatan Thailand dan menetapkan tarikh pernikahan.

Setelah itu dia akan mengambil pasangan itu di sempadan Kelantan dan membawa mereka ke masjid untuk akad nikah.
- ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment