Thursday, 19 September 2013

Legoland Malaysia bakal jadi destinasi resort keluarga terunggul Asia

Legoland Malaysia bakal jadi destinasi resort keluarga terunggul Asia

Legoland Malaysia, yang pembukaan taman tema airnya dijadualkan bulan depan dan hotel 249 biliknya pada 2014, bakal menjadi destinasi resort keluarga utama di Asia.

Pengurus Besarnya, Siegfried Boerst, berkata dengan gabungan taman tema dan hotel, resort Legoland pertama di Asia itu mahu pelawat meluangkan lebih banyak masa di dalam.

Taman tema berharga RM720 juta dengan 40 permainan interaktif, pertunjukan dan tarikan itu, merayakan ulang tahun pertamanya Ahad lalu.

Boerst berkata tahun ini merupakan tahun yang amat berjaya memandangkan bilangan pelawatnya melebihi sejuta yang dijangkakannya.

"Ini merupakan kejayaan besar," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara.

Beliau berkata dengan taman air dan hotel yang akan dibuka, Legoland mahu memasarkan resort itu sebagai destinasi keluarga utama di Asia Tengara.

"Kami mahu orang datang ke mari dan meluangkan masa selama dua hingga tiga hari untuk mengunjungi destinasi-destinasi lain yang berhampiran. Kami mahu menjadikannya menarik bagi pelawat dari China, India, Australia untuk berada beberapa lama di Malaysia," katanya.

Kata Boerst, Legoland Malaysia sedang bekerjasama rapat dengan Tourism Malaysia dan agensi-agensi lain untuk mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014.

Mengenai Hotel Legoland, yang dijangka dibuka pada Disember bagi musim cuti di Malaysia dan Singapura, beliau berkata, kesemua 249 bilik keluarga mempunyai tema Legoland yang berbeza-beza.

"Kami ingin memperluas pengalaman Legoland ke bilik-bilik," katanya sambil menambah bahawa pihaknya sedang berusaha keras dengan kontraktor dan rakan kongsi mereka untuk memastikan hotel itu mula menerima tetamu dalam tempoh percutian Disember.

- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment