Monday, 23 September 2013

Meninggal kerana tersedak susu

Bayi lelaki berusia tujuh bulan yang meninggal dunia selepas mengalami muntah darah di sebuah pusat asuhan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Khamis lalu, disahkan akibat tersedak susu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, laporan bedah siasat yang diterimanya kelmarin mendapati bayi itu mati akibat tersedak susu dalam paru-paru.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Ketika kejadian, bapa kepada bayi, Muhamad Qhaliff, Muhamad Norman Rosman, 26, hanya mengetahui kematian ketika mendapat rawatan di sebuah klinik berdekatan.

Dia mendapati keadaan kepala anaknya terkulai serta muka dan bibirnya kebiruan sebaik menempatkannya di kerusi bayi, ketika mengambil Qhaliff di pusat asuhan itu pada jam 5.30 petang.

Sebaik melihat keadaan anak keduanya itu, beliau bergegas semula ke pusat asuhan berkenaan untuk mengetahui perkara sebenar yang menimpa bayi terbabit.


Sumber

No comments:

Post a Comment