Monday, 23 September 2013

'Bigfoot' undang wartawan National Geographic

'Bigfoot' undang wartawan National Geographic
Kakitangan Jabatan Perhilitan Jempol memberi penerangan kepada Daniel.



KUALA PILAH – Berita tapak luar biasa ditemui di Kepis Hilir di sini, yang disiarkan di media pada Jun lalu, mendorong wartawan National Geographic dari Kanada mengunjungi lokasi penemuan.

Daniel Antal berkata, dia teruja untuk datang ke Kepis Hilir setelah membaca artikel di laman sesawang berhubung tapak luar biasa yang dikaitkan dengan bigfoot itu.

“Apabila membaca artikel itu, saya tertarik untuk datang ke Malaysia bagi melihat sendiri tapak tersebut malah ingin mengkaji kewujudan binatang berkenaan.

“Bagaimanapun, selepas diteliti secara terperinci, saya melihat tapak binatang tapir yang bersaiz besar bukan seperti digembar-gemburkan di dalam laman sesawang.

“Berkemungkinan saiz tapir ini besar malah kedudukan tanah lembut juga menyumbang kepada tapaknya yang bersaiz luar biasa,” katanya.

Daniel yang menetap di Thailand berkata, sungguhpun begitu, dia tidak berasa hampa sebaliknya berpuas hati kerana berjaya mendapatkan cerita sebenar.

“Artikel yang dibaca itu memang betul di kampung ini tetapi gambar lakaran tapak bersaiz besar bukannya dari kampung ini sebaliknya dari Johor Bahru berdasarkan kepada penelitian sebenar.

“Mungkin, individu itu sahaja buat gempar untuk menarik perhatian ramai kerana kemunculan bigfoot masih menjadi tanda tanya.

"Tiada sesiapa tahu kewujudan bigfoot ataupun Orang Mawas di Endau Rompin. Hanya orang mempercayai tetapi tiada bukti kukuh kewujudan ‘binatang’ tersebut," katanya.

Kakitangan Jabatan Perhilitan Jempol turut memberi penerangan kepada Daniel berhubung kewujudan Tapir di kampung itu.

Sumber

No comments:

Post a Comment