Argh! Tension betul aku baca tajuk berita ni!
Gergasi bolasepak BPL, Manchester United tunduk 1-4 kepada seteru utama, Manchester City dalam perlawanan Liga Inggeris lewat malam tadi.
Luka The Red Devils bermula seawal minit ke-16 apabila City menerusi jaringan cantik pemainnya, Sergio Aguiero.
City menambah luka United dengan jaringan kedua pada masa tambahan dalam babak pertama hasil sepakan sudut yang disudahkan oleh Yaya Toure.
Bermula separuh masa kedua, Sergio Aguero menjaringkan gol ketiga City pada minit ke-47, dan Samir Nasri menambah gol keempat selang tiga minit kemudian.
Wayne Rooney bagaimanapun menghadiahkan gol saguhati kepada skuadnya pada saat perlawanan berbaki tiga minit.
Dalam beberapa perlawanan lain, tuan rumah, Arsenal menang selesa 3-1 ke atas Stoke City, manakala Tottenham menang tipis 1-0 di tempat lawan, dan Cardiff City tumpas 0-2 kepada Swansea City.

- ASTRO Awani
No comments:
Post a Comment