Monday, 23 September 2013

Artis Hollywood obses kurus!

Angelina Jolie
Angelina Jolie


Memiliki tubuh badan yang cantik dan langsing merupakan idaman bagi semua pelakon wanita di Hollywood. Namun ada yang terlalu obses sehingga sanggup menjalani diet yang salah.

Hasilnya mereka kelihatan terlebih kurus dan cenderung menghidap penyakit anoreksia yang tak ubah seperti 'rangka hidup'. Jom kita tinjau selebriti yang pernah mengalami masalah tersebut.

Angelina Jolie

Setahun lalu, aktres berbibir seksi ini mengalami masalah penurunan berat badan yang ketara kerana tidak mempunyai selera makan. Bagaimanapun, selepas mengumumkan pertunangannya dengan Brad Pitt, Jolie sedaya upaya untuk menaikkan berat badan sehingga 10 paun. Malah dia turut meminta nasihat chef selebriti terkenal, Jamie Oliver, untuk mengatasi masalah itu.

Cate Blanchett

Kemunculan Blanchett di sebuah majlis berprestij, ternyata mengejutkan ramai peminatnya. Tampil dengan baju yang terdedah di bahagian bahu, bintang Elizabeth ini kelihatan sangat kurus. Menafikan dia berdepan dengan masalah penurunan berat badan, Blanchett, bagaimanapun lebih menyalahkan pemilihan bajunya ketika itu.

Kate Bosworth

Selepas hubungannya dengan pelakon kacak, Orlando Bloom, berakhir, aktres ini kelihatan semakin kurus. Meskipun Bosworth menafikan perubahan itu berpunca dari perpisahannya dengan aktor itu, namun media banyak melaporkan dia sebenarnya sangat tertekan ditinggalkan Bloom.

Lindsay Lohan

Pengambilan dadah dan ketagihan arak menjadi punca pelakon Mean Girl ini mengalami penurunan berat badan secara mendadak. Pub begitu Lohan menafikannya dengan memberitahu dia sebenarnya mengalami masalah kesihatan.

Mary Kate Olsen

Berhadapan dengan masalah anoreksia sejak berusia 18 tahun lagi, Olsen berusaha keras untuk mengatasi masalah itu. Walaupun mempunyai harta melimpah ruah, namun dia tidak dapat lari dengan masalah tersebut sehingga terpaksa berhenti belajar.

Miley Cyrus

Putus cinta dengan tunangnya, Liam Hemsworth, membuatkan Cyrus sentiasa dalam keadaan tertekan. Selain hilang selera makan, dia juga berubah semakin sosial. Maka tidak hairanlah bintang Hannah Montana ini kelihatan semakin kurus sejak akhir-akhir ini.

Nicole Richie

Bintang realiti ini sering kali menafikan bahawa dia terlalu mengamalkan diet. Bagaimanapun, setelah berat badannya turun mendadak, Richie sedar ia tidak normal dan berusaha mendapatkan berat badan ideal.

Tori Spelling

Mengamalkan diet melampau menyebabkan ibu kepada empat orang anak itu menderita anoreksia. Tanpa pengetahuannya, diet selepas bersalin itu telah membuatkannya semakin kurus.


Sumber

No comments:

Post a Comment