Friday, 30 August 2013

Ziana Zain, RCW, Rizalman sahut cabaran pilih Ratu Rania








Tiga ikon terkenal daripada tiga bidang seni yang berbeza telah diangkat menjadi panel yang bertanggungjawab untuk memilih Ratu Rania, sebuah lagi rancangan realiti mencari ikon wanita moden masa kini tajaan label kecantikan Safi Rania dengan kerjasama Astro Prima.

Rizalman Ibrahim, Ziana Zain dan Rozita Che Wan akan bertanggungjawab untuk menjadi juri tetap bagi program realiti Ratu Rania yang akan disiarkan bermula pada 4 September ini, jam 9 malam untuk dua episod pertamanya.

Manakala episod ketiga dan seterusnya akan bersiaran pada jam 9.30 malam di saluran Astro Prima (saluran 105) dan Astro Maya HD (saluram 135) secara serentak.

Pengurus Saluran Astro Prima, Encik Namanzee Harris, Ratu Rania sesuai untuk tontonan seisi keluarga dan ia seiring dengan misi saluran ini yang kini ingin mengukuhkan jenamanya menjadi saluran keluarga pilihan dengan menyiarkan rancangan realiti seperti itu.

"Kami menyediakan platform kepada golongan yang meminati genre program pencarian berkonsepkan realiti dan kami percaya program ini dapat mencuri perhatian ramai sekaligus mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton." ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan sepuluh finalis Ratu Rania.

Program ini terbuka kepada semua wanita Malaysia yang berusia diantara 30 hingga 45 tahun dan selama sepuluh minggu mereka harus memperlihatkan pesona ratu ideal melalui cabaran yang bakal menguji kekuatan fizikal dan mental serta membuktikan keazaman mereka untuk menjadi sumber inspirasi sekaligus merebut gelaran juara.

Sepuluh finalis terdiri daripada Aida ( Normazuraida Zakaria, 34, Kelantan), Bee (Rabihah Harun, 37, Kelantan), Eza (Ezanoni Hadjeli, 32, Sarawak), Lilly (Lily Fazlena Mukhayen, 32, Johor) dan Nasyiha (Nur Nasyiha Hamid, 32, Kedah).


Ini diikuti Nurul (Nurul Faida Abdul Razak, 34, Pahang), Qurnia (Aida Kurniah Sulaiman, 31, Selangor), Sally (Salila Mohd Zaini, 37, Johor), Siti ( Dr. Siti zainab Mohd Zini, 40, Kuala Lumpur) dan Watie (Rosnawati Bachok, 37, Johor).

Nasib para peserta ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan seratus peratus oleh pihak juri dan penilaian dibuat mengikut tiga kriteria utama iaitu keyakinan diri, keluasan pengetahuan am serta personaliti menarik.
Perserta yang dinobatkan sebagai Ratu Rania akan membawa pulang hadiah utama bernilai sehingga RM 50,000.

Ratu Rania bakal dikendalikan oleh pengacara dan pelakon popular Dynas Mokhtar sebagai hos bersama tiga ikon handal iaitu Rizalman Ibrahim, pereka fesyen terkenal, Ziana Zain dan Rozita Che Wan.
Sebagaimana yang sedia maklum, Rozita Che Wan dan Ziana Zain adalah duta untuk dua produk hasilan Safi Rania iaitu Safi Rania Gold dan Safi Rania Diamond.

Majlis memperkenalkan barisan juri serta finalis untuk program pencarian ikon wanita moden masa kini Ratu Rania telah disempurnakan di Flora Café, Hampshire Place di ibu negara semalam.


Pelancaran Ratu Rania ini juga menyaksikan kehadiran Cik Mahsuri Sulaiman, Pengurus Kumpulan Produk (SAFI) mewakili label kecantikan tersebut.



Sumber

No comments:

Post a Comment