Disangka patung mainan, rupanya mayat bayi perempuan.
Seorang pekerja tidak menyangka menjumpai mayat bayi yang cukup sifat semasa menjalankan kerja pembersihan di dalam loji kumbahan Universiti Teknologi Mara (UITM) Dungun Terengganu.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, mayat berkenaan ditemui terapung kira-kira 11.30 pagi Khamis.
Menurut Ahmad Zailani pada awalnya pekerja berkenaan menyangkakan objek yang terapung itu anak patung namun setelah diamati, ia mayat seorang bayi.
Pekerja itu terus memaklumkan penemuan mayat berkenaan kepada pihak universiti sebelum melaporkan kepada polis.
Semasa ditemui keadaan mayat bayi itu kelihatan pucat dan dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 48 jam dengan kepalanya pecah manakala bahu kanan patah dan mereput.
Mayat bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat.

- Astro Awani
No comments:
Post a Comment