Friday, 30 August 2013

Tanda Putera ditayang di Pulau Pinang mulai Sabtu

Shabery: Tanda Putera ditayang di Pulau Pinang mulai Sabtu

Filem 'Tanda Putera' akan ditayangkan di pawagam di Pulau Pinang mulai Sabtu ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau dalam status terbaharunya di laman sosial Facebooknya berkata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah diminta untuk memastikan tayangan filem itu di Pulau Pinang diteruskan.

Pada hari Rabu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta pengusaha pawagam di negeri itu untuk tidak menayangkan filem yang disifatkan pembangkang sebagai kontroversi itu.

Namun Lim dalam satu kenyataan pada hari Khamis berkata ia berupa nasihat dan bukannya larangan.

"Mungkin atas desakan dan kemarahan rakyat atas tindakan tidak bijak melarang tayangan Tanda Putera, pihak pawagam terima surat baru – ‘nasihat’ bukan ‘arahan’," kata Shabery.

Katanya jika benar ada babak-babak fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dalam filem itu, mereka yang tidak berpuas hati boleh membuat laporan polis dan aduan kepada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).



Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment