Friday, 15 January 2016

'Hamba' didenda junjung beras

Siasatan polis mendapati, kesemua mereka dikurung hampir setahun di dalam sebuah bilik seluas 100 kaki dengan keadaan yang sangat tidak tersusun.

SHAH ALAM: Pasukan polis dari Bukit Aman berjaya membongkar kegiatan sebuah sindiket perhambaan pembantu rumah sambilan susulan satu operasi yang dilancarkan di sini pagi tadi.

Serbuan dilakukan ke atas sebuah premis kedai dua tingkat di Seksyen U2 itu berjaya menyelamatkan 20 orang wanita warga asing.

14 daripadanya merupakan wanita warga Indonesia manakala selebihnya warga Kemboja.

Siasatan polis mendapati, kesemua mereka dikurung hampir setahun di dalam sebuah bilik seluas 100 kaki persegi dengan keadaan yang tidak tersusun.

Mereka hanya dibawa keluar oleh majikan apabila dibawa ke rumah pelanggan untuk tugas mencuci rumah.

Malah, warga asing terlibat mendakwa mereka akan dihukum menjunjung guni beras seberat 10 kilogram selama empat jam sekiranya ada diantara mereka yang membuat aduan.

Paling menyedihkan apabila mereka tidak dibayar walau satu sen gaji selama setahun.

Sementara itu, polis turut menahan lapan individu termasuk seorang lelaki dan wanita warga Kemboja yang dipercayai bertindak sebagai majikan.

Manakalan enam daripadanya pula merupakan warga tempatan yang bekerja sebagai penghantar semua 'hamba' tersebut ke rumah pelanggan di sekitar Lembah Klang.

Kesemua mangsa 'perhambaan' itu kini dibawa ke rumah perlindungan sementara untuk proses siasatan lanjut.

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment