KUALA LUMPUR: Pagi ini netizen dikejutkan dengan penyebaran status Facebook adik kepada bekas pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha yang mendakwa abang sulungnya itu dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiac, Hospital Putrajaya, sejak semalam kerana sakit jantung.
Aziph mendakwa ketika ini, abangnya masih tidak stabil.
"Pada awalnya, keadaan abang okay sehinggalah jam 4 petang semalam dia mula mengadu sakit di bahagian dada. Doktor juga tak dapat mengesahkan sama ada dia kena serangan jantung.
"Pihak hospital akan berusaha sehabis baik untuk mengubatinya.
"Malah pihak hospital juga sudah memanggil ahli keluarga yang lain ke hospital dan ini sebahagian daripada prosedur apabila pesakit mendapat sokongan bantuan lain untuk bertahan daripada kesakitan yang dilalui," katanya dalam status itu.
Aziph memberitahu, apa yang dilalui ini sangat menyedihkan.
"Hari ini saya juga dimaklumkan pihak hospital akan cuba membuatkannya kembali stabil. Teruskan berdoa untuknya," katanya.
BH Online masih berusaha mendapatkan Aziph atau waris terdekat Azmil Untuk mengesahkan keadaan pelakon itu.
- Sumber: BH Online
No comments:
Post a Comment