Friday, 20 November 2015

Fortinet lancar penyelesaian WiFi paling selamat di Malaysia


TITIK akses WLAN siri FortiAP-S Fortinet adalah titik akses yang paling selamat di pasaran, membolehkan organisasi-organisasi Malaysia berpisah dengan kawalan WLAN yang tunggal tanpa mendedahkan rangkaian kepada ancaman siber.

FORTINET - peneraju dunia dalam penyelesaian keselamatan siber berprestasi tinggi mengumumkan penambahan teknologi kepada sistem pengurusan FortiCloud berasaskan awan dan barisan produk baru untuk titik akses (AP) tanpa wayar awan terurus di Malaysia.

Ia sekali gus meneruskan pelaburan strategik dan momentum Fortinet dalam pasaran keselamatan rangkaian tanpa wayar. 

Titik akses LAN tanpa wayar (WLAN) siri FortiAP-S Fortinet adalah titik akses yang paling selamat di pasaran, ia menampilkan teknologi keselamatan siber yang berupaya beroperasi secara langsung ke atas titik akses dan menerima kemas kini keselamatan terkini daripada pasukan perisikan ancaman Makmal FortiGuard Fortinet yang terkemuka. 

Oleh itu, organisasi sekarang tidak lagi perlu mengorbankan keselamatan apabila membuat keputusan untuk mengurus LAN tanpa wayar perusahaan mereka melalui perkhidmatan awan.

Titik akses tanpa wayar awan terurus generasi akan datang

Banyak cabaran akan dihadapi oleh organisasi teragih apabila mereka cuba melaksana dan mengurus penyelesaian LAN tanpa wayar untuk pelanggan dan pekerja-pekerja mereka. 

Penyelesaian WLAN perusahaan yang sedia ada sering kali memerlukan seni bina yang rumit untuk mengasingkan tetamu dan rangkaian dalaman, tambahan juga dengan permintaan perkakasan seperti kawalan WLAN dan alatan-alatan keselamatan secara berasingan. 

Walaupun pembekal wifi awan terurus telah bantu mengurangkan kerumitan dan isu-isu pengurusan berhubung dengan pemindahan rangkaian tanpa wayar, peralihan kawalan WLAN ke dalam platform awan akan mendatangkan lebih cabaran keselamatan yang belum lagi ada penyelesaian sehingga kini.

Titik akses tanpa wayar siri FortiAP-S Fortinet baru membolehkan organisasi-organisasi Malaysia berpisah dengan kawalan WLAN yang tunggal tanpa mendedah rangkaian kepada ancaman siber. 

Setiap titik akses siri FortiAP-S secara berpusat akan diuruskan melalui sistem pengurusan FortiCloud berasaskan awan yang membolehkan keringkasan pengedaran dan pengurusan rangkaian wifi, peningkatan keselamatan, kebolehlihatan dan kawalan, dan mengurangkan kerumitan infrastuktur secara purata. 

Ini akan memudahkan organisasi melaksana dan mengurus rangkaian wifi yang selamat, di samping itu skala pengurusan awan terdapat dalam penyelesaian tersebut sesuai untuk perusahaan teragih yang memiliki beribu-ribu laman web.


FUNGSI keselamatan yang canggih telah dimuatkan dalam titik akses siri FortiAP-S seperti pencegahan pencerobohan, tapisan laman web, sistem pengesahan titik akses bermasalah dan perlindungan keselamatan antivirus. 

Penyelesaian LAN tanpa wayar paling selamat dalam pasaran

Fungsi keselamatan yang canggih telah dimuatkan dalam titik akses siri FortiAP-S seperti pencegahan pencerobohan, tapisan laman web, sistem pengesahan titik akses bermasalah, perlindungan keselamatan antivirus, kawalan aplikasi berkhusus dan banyak lagi, yang dapat beroperasi secara serentak dalam titik akses. 

Kesemua fungsi tersebut mendapat sokongan daripada risikan ancaman industri yang terkemuka Makmal FortiGuard untuk memastikan setiap FortiAP-S dilindungi daripada ancaman yang terkini dalam masa nyata. 

Penyatuan perkakasan dan perisian yang canggih ini hanya dapat dicapai oleh kepakaran dan dedikasi Fortinet terhadap kejuruteraan dan penyelidikan keselamatan yang berprestasi tinggi.

Petikan Sokongan dari Industri

"Siri FortiAP-S Fortinet baru bergabung dengan kebolehsuaian pengurusan awan, teknologi titik akses tanpa wayar generasi akan datang dan keselamatan yang terbukti daripada FortiGuard, kesemua ini akan membentuk seni bina tanpa wayar yang kukuh untuk rangkaian akses perusahaan.

"Dasar keselamatan berkhusus peranti mudah alih dan kemas kini seperti kawalan aplikasi dan imbasan virus kini boleh dimuat turun terus kepada titik akses tanpa wayar supaya satu lapisan pertahanan keliling dapat melindungi peranti BYOD pelanggan kami," kata Pengurus Negara Fortinet untuk Malaysia, Michelle Ong.

Sementara itu, penganalisis penyelidikan, Kumpulan Infrastuktur Rangkaian IDC, Nolan Greene, berkata: "Dengan ketibaan BYOD yang mendadak dalam dunia perusahaan, dan juga misi-kritikal peranti mudah alih dan aplikasi, organisasi berdepan dengan cabaran membekal keseimbangan keringkasan liputan wifi yang sentiasa ada dan patuhi keselamatan dan pematuhan WLAN. 

"Titik akses siri FortiAP-S Fortinet baru menyepadukan keringkasan pengurusan WLAN berunsur awan dengan perlindungan keselamatan siber Fortinet yang terkemuka."

Naib presiden penjualan dan pembangunan produk di TierPoint, Scott Fuhriman pula berkata: "Kami memberi kerjasama kepada Fortinet untuk menyampaikan penyelesaian tanpa wayar bertaraf tinggi dan mesra perniagaan yang direka khas untuk memenuhi keperluan unik setiap pelanggan kami. 

"Kami amat teruja terhadap pelancaran titik akses tanpa wayar siri FortiAP-S dan juga prospek untuk menyediakan perkhidmatan penyelesaian tanpa wayar selamat yang diurus sepenuhnya dalam awan kepada pelanggan kami." 

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment