Sumber www.ericsson.com/my
ERICSSON Malaysia Sdn Bhd melancarkan 'Sistem Radio Ericsson' dan 'Sistem Dot Radio Ericson' yang menggunakan rekaan modular yang mampu meningkat secara fleksibel dalam ke arah teknologi 5G (rangkaian mudah alih generasi ke-5).
Ericson menyatakan penyelesaian tersebut direka untuk memberi kapasiti dan kualiti dari rangkaian tempatan yang pada asalnya dibina dan dioptimumkan untuk menyampaikan perkhidmatan suara pada kawasan liputan yang ditakrifkan.
Kedua-dua penyelesaian Ericsson ini akan membolehkan operator untuk meningkatkan liputan dan kapasiti data bagi pelanggan mereka, sekali gus meningkatkan perkhidmatan jalur lebar mereka.
Ketua Ericsson Malaysia dan Sri Lanka, Todd Ashton, berkata Ericsson telah berada Malaysia dalam tempoh waktu yang cukup lama, sebelum rangkaian mudah alih diperkenalkan lagi.
Ashton berkata, pencapaian Ericsson kini sangat membanggakan kerana mampu menjadi penggerak dalam penciptaan dan pembangunan industri telekomunikasi mudah alih negara.
"Sistem Radio Ericson yang modular, padat dan cekap ini adalah platform yang sesuai untuk Ericsson menyokong perniagaan operator di Malaysia, meletakkan asas bagi 5G dan masyarakat berangkaian," katanya dalam satu kenyataan.
- Sumber: BH Online
No comments:
Post a Comment