Thursday, 9 April 2015

Rezeki dari sebiji nangka madu

Nasrul sedang memotong nangka madu untuk dibungkus dan dijual kepada pelanggan

KULIM - Hanya berbekalkan sebiji nangka, seorang bekas pekerja swasta mampu memperoleh sumber pendapatan tetap.

Nasrul Zairi, 31, berkata, dia menjalankan perniagaan menjual nangka madu itu sejak dua tahun lalu secara sambilan namun ia lebih menguntungkan dan mengambil keputusan berniaga sepenuh masa.

“Saya pun tak menyangka idea daripada abang yang mencadangkan menjual nangka madu sekarang menjadi sumber pendapatan tetap.

“Saya tak perlu lagi bekerja kilang yang memenatkan sehingga tak ada masa dengan keluarga,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahnya, selain mudah untuk mendapatkan bekalan ia juga tidak memerlukan banyak perkakasan bagi mengekalkan kesegaran nangka tersebut.

“Ia mudah, tak perlu ada peti sejuk beku untuk simpan, beli sahaja nangka kemudian potong dan masukkan dalam plastik setelah ditimbang sebelum dijual kepada pelanggan,” katanya.

Nasrul yang juga mempunyai dua anak juga berkata, nangka madu yang dijualnya juga mendapat permintaan tinggi daripada pelbagai kaum dan usia.

“Selalu kebanyakan wanita lebih menggemarinya terutama pada waktu panas,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment