“ITU rutin keluarga kami,” ujar pelakon Ozlynn Wati tatkala diminta mengulas mengenai kontroversi aksi cium mulut dengan suaminya, Johan Raja Lawak pada malam Anugerah Bintang Popular (ABP2014) pada Ahad lalu.
Menjelaskan dengan lebih lanjut, Ozlyn berkata, aksi berkenaan bukannya sengaja dilakukan bagi mencari publisiti murahan, sebaliknya ia sudah menjadi rutin mereka sekeluarga.
Katanya, anak-anak mereka juga sudah biasa dengan aksi sedemikian, bahkan anak-anak juga melakukan perkara sama kepada mereka.
"Mungkin orang ramai menganggap aksi itu keterlaluan tapi bagi kami itu biasa sebab memang jadi amalan kami di rumah sebagai cara kami tunjukkan kasih sayang dan bermanja.
“Malah anak-anak saya juga telah terbiasa dengan rutin itu. Contoh sekiranya anak saya yang berumur 10 tahun mahu keluar rumah, dia akan salam tangan Johan dan bercium sebegitu.
"Begitu juga Johan, kadang kala kalau di rumah, contoh ketika itu saya sedang lipat kain, dia akan panggil saya dan minta saya cium dia.
"Pada saya selagi aksi itu tidak mengghairahkan, kenapa perlu dipersoalkan? Lagipun kami sudah sah suami isteri. Tapi ada yang belum berkahwin dan berpeluk sesuka hati tidak pula dipersoalkan," jelasnya ketika ditemui selepas sidang media Anugerah Tribute P Ramlee, di Menara Kuala Lumpur, semalam.
Pada malam anugerah tersebut, Johan mencium mulut Ozlynn selepas namanya diumumkan sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Paling Popular.
Adegan itu menimbulkan isu panas kerana ramai pihak menyifatkan kelakuan itu terlalu mengikut budaya barat dan kurang manis dilakukan depan khalayak.
"Lagipun aksi itu berlaku sekejap saja hanya satu dua saat dan saya bangga sebab itu perkara pertama yang terlintas di fikiran suami saya dan saya dapat sama-sama merasai kemenangan dia,” ujarnya.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment