Sunday, 19 April 2015

Aisyah Aziz berang nama diguna minta kredit prabayar


AISYAH Aziz ketika melalui karpet merah Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2014, di Arena of Stars Genting Highlands. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

KUALA LUMPUR : Penyanyi Aisyah Aziz berang apabila ada pihak yang menggunakan namanya bagi mengaut keuntungan dengan cara yang mudah. Lebih malang, ada mangsa yang tertipu itu bertindak memalukan Aisyah secara terbuka.

Gadis kelahiran Singapura itu menjelaskan bahawa ada individu yang menggunakan aplikasi WeChat untuk menyamar sebagai dirinya bagi mendapatkan wang kredit prabayar. 

"Ada individu yang menyamar sebagai diri saya di WeChat dan meminta bantuan ramai untuk duit 'top up' kerana saya kesempitan wang. Saya dimaklumkan oleh pengurus serta keluarga saya berhubung hal ini.

"Saya juga terkilan dengan mangsa yang tertipu itu kerana ada yang memaki hamun tanpa usul periksa. Memang saya kesian melihat diri mereka yang tertipu, tetapi kenapa tidak 'consult' secara baik.

"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak ada akaun WeChat dan hanya menggunakan aplikasi itu sewaktu berada dalam Akademi Fantasi dulu," kata Aisyah kepada BH Online.

Menurut Aisyah, beliau akan membuat laporan polis dalam masa terdekat berhubung isu ini bagi memastikan tiada lagi mangsa yang terpedaya. Beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang terlibat.

"Jika tiada tindakan yang diambil, saya takut individu yang menipu itu akan meneruskan tipu helahnya dan menipu orang lain pula. Jadi bagi memastikan masalah ini tidak terus menular bagi tindakan perlu diambil," tegas Aisyah.

Dalam perkembangan lain, Aisyah berkata single keduanya berjudul Pilihan Sejati karya Aizat Amdan sudah berada di pasaran. Beliau sedang dalam rangka promosi bagi memperkenalkan lagu berkenaan kepada orang ramai.

ANTARA taktik yang digunakan oleh individu terbabit untuk menipu.

- Sumber: BHOnline

No comments:

Post a Comment