Cita Citata
Jakarta: Sakit Cita Citata mungkin bukan sekadar di hati selepas ini.
Kini sedang di ambang perceraian, penyanyi lagu dangdut popular ‘Sakitnya Tuh Di Sini’ itu juga dikhabarkan bakal berputih mata apabila harta sepencariannya dengan suami, Galih Purnama, tidak boleh dituntut.
Media semalam melaporkan, Cita - atau nama sebenarnya Cita Rahayu - akan mengetahui nasibnya di mahkamah pada 10 Mac ini.
Peguam Cita, Toddy Laga berkata, terserah kepada Galih untuk membuat sebarang permohonan atau tuntutan ke atas ‘harta’ yang mereka miliki.
“Ketika ini Ijonk (nama panggilan Galih) bersungguh-sungguh mahu bercerai.
“Cita semakin terbuka untuk memilih hidup sendiri selepas berkahwin dengan Ijonk dua tahun lalu,” katanya.
Nama Cita, 20, menjadi perhatian ramai selepas lagunya itu ‘meletup’ di Indonesia.
Lagu Sakitnya Tuh Di Sini mencetuskan pelbagai parodi dalam kalangan peminat.
Cita diperkenalkan kepada umum melalui peranannya dalam siri televisyen Diam-Diam Suka: Cinta Lama Bersemi Kembali.
Sebelum ini, pengurus Cita, Sofwan Bombom mendedahkan, sejak penyanyi wanita itu berkahwin, Cita hanya sempat tinggal serumah dengan Galih selama beberapa minggu saja.
Sementara itu, Galih berkata, dia akan memberi ‘amanat terakhir’ kepada Cita sebelum mereka bercerai secara rasmi pada 10 Mac ini.
“Tidak ada apa-apa sebenarnya.
“Saya cuma mahu mengucapkan: Selamat jalan, kekasih,” katanya.
- Sumber: Agensi melalui Harian Metro | 27 Februari 2015.
No comments:
Post a Comment